INFO VIRUS

Pusat Penyelidikan Antivirus Symantec | Pusat Virus Dr. Solomon |
Pusat Maklumat Virus DataFellows |
Virus Bulletin | Laman Maklumat Virus Sophos |

 

Pernahkan PC anda diserang virus? Apakah kesannya terhadap PC anda? Bagaimanakah anda mengatasi serangan tersebut. Virus boleh menyebabkan kehilangan data, gangguan operasi dan perkhidmatan.

justifySelain menggunakan perisian anti virus yang terkini, cara terbaik bagi mengurangkan risiko ancaman virus ialah dengan mendapatkan maklumat terkini mengenai virus itu.

justifyDi sini, disenaraikan beberapa halaman web yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui pelbagai aspek mengenai virus terkini dan kaedah pencegahan di samping mencadangkan perisian yang berkesan menghapuskan sesuatu virus.

 

Pusat Penyelidikan Antivirus Symantec [ ke atas ]

justifyMenyediakan maklumat terkini mengenai ancaman virus dan menyedarkan pengguna mengenai cara penggunaan komputer dengan selaman. Lam web ini juga menyediakan direktori pelbagai jenis virus serta penjelasan bagaimana sesuatu virus bertindak dan kesannya terhadap PC. Selain itu, maklumat virus palsu serta program bagi memusnahkan virus daripada sistem boleh dipindah turun dari laman web ini.

 

Pusat Virus Dr. Solomon [ ke atas ]

justifyAmaran virus terkini dan penyediaan pemacu bagi meningkatkan pemantauan virus selain dokumen teknikal merupakan maklumat yang terkadung di dalam laman web ini. Turut menyediakan senarai virus makro yang paling merbahaya di samping laporan terkini, kertas kerja pakar mengenai isu virus, kaedah pengawalan dan ancaman virus pada masa hadapan.

 

Pusat Maklumat Virus DataFellows [ ke atas ]

justifyKhusus menyediakan maklumat mengenai aliran virus PC. Laman web ini memuatkan berita dan penemuan virus terbaru, senarai virus palsu dan sebenar, pangkalan data ciri virus dan hubungan ke laman-laman web virus yang lain.

 

Virus Bulletin [ ke atas ]

justifyMerupakan jurnal teknikal yang membincangkan bidang virus komputer dan produk anti virus yang terdapat di pasaran. Juga memberi panduan berguna mengenai kaedah serta cara memilih perisian antivirus yang sesuai dengan PC.

 

Laman Maklumat Virus Sophos [ ke atas ]

justifyKeunikan laman web ini menyenaraikan 10 virus utama yang dikenal pasti. Turut menyediakan maklumat mengenai ancaman virus selain bahagian soal jawab ( FAQ ) kepada pelbagai msalah pengguna. Laman web ini juga menyediakan perisian percubaan Anti virus Sophos.