Make your own free website on Tripod.com

Panduan Membina Laman Web

 

Anda cemburu melihat rakan anda mempunyai laman web? Tidakkah anda teringin membina laman web sendiri? Apa yang perlu anda buat ialah anda hanya perlu mempelajari bahasa yang digunakan untuk membuat halaman tersebut seperti HTML ( Hypertext Markup Language ). Selain itu, beberapa aspek yang lain seperti isi kandungan, grafik dan susunan paparan di samping idea yang kreatif turut menambah kecanggihan sesebuah laman web. Yang penting anda mesti rajin, berminat dan ada kesungguhan serta kemahuan.

Di sini disenaraikan beberapa tapak yang boleh dijadikan panduan untuk membina laman web anda sendiri. SELAMAT MENCUBA!!!

 

Toturial Membina Laman Web Oleh Dr. Zulkiply Harun
Beliau memberi penjelasan tentang panduan menulis HTML, pemetaan imej, membina borang dan jadual, membuat bingkai ( Frames ), panduan menulis Java, panduan memasukkan muzik dam panduan mengecilkan fail gambar format gif .

 

Membina Laman Web Oleh M. Hafiz
Laman ini menyediakan panduan membina laman web termasuk bagaimana menggunakan HTML, Menggunakan arahan-arahan JavaScript di samping panduan memasukkan counter.

 

Panduan Membina Laman Web Oleh Abdul Khohar
Menyediakan panduan menggunakan HTML, panduan mendaftar tapak untuk menempatkan laman web percuma, muzik latar, kaunter kiraan dan panduan garfik.

 

Bengkel HTML Cg oleh En.Wan Omar Bin Mahmud, AMN, PJK Panduan asas membina laman web seperti untuk membuat tag pembukaan bagi tajuk, garisan dan lain-lian.

 

Lorraine's Animation Creation
Animasi secara online boleh dibuat dengan mengunjungi laman web ciptaan Lorraine's Animation Creation sama ada dalam bentuk lambang atau dalam bentuk animasi e-mel.